Cari Blog Ini

MADAH

"Apabila ilmu di akal pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan. Apabila ada ilmu di lidah pandai bercakap tentang Tuhan. Apabila ilmu di hati dia takut dengan Tuhan."

Ahad, 21 Mac 2010

SEBAIK-BAIK HIASAN DUNIA

SaJaK


WANITA SOLEHAH

M
alu pada seorang wanita itu sebenarnya

D
isitulah letaknya keindahan dan kecantikannya

Bersopan santun berakhlak mulia

Maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya

Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas

Pakaiannya kemas tapi tidak terlalu mewah

Atau menunjuk-nunjuk dan tidak terlalu rendah mutunya

Berbudi bahasa, peramah dan mesra

Auratnya dijaga tidak didedahkan pada bukan muhramnya

Matanya selalu ditundukkan

Terutama pada lelaki ajnabi


Bahasa bersahaja mengikut fitrah semula jadinya

Tidak dibuat-buat atau mengada-ngada

Percakapan dijaga tidak menyindir atau mengata

Atau memuji-muji diri dan keturunannya

Suaminya dihormati dan ditaatinya

Rajin mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya

Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan

Bahkan sentiasa istiqomah ibadahnya

Kehormatan jirannya sangatlah dijaga

Ketika berjalan jauh bersama muhramnya

Wanita solehah sangat bersimpati

Kepada yang memerlukan


Wanita solehah sentiasa baik sangka

Dan mendoakan sesama manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan